Masih ramai lagi rang tertanya tanya tentang kepentingan medical card dan kenapa perlu medical card.
Izinkan Fadhli explain dengan simple boleh?
Jom Fahami Fungsi Medical Card
Medical Card atau kad perubatan adalah satu perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta.
Contohnya, jika anda perlukan rawatan di hospital, anda ada pilihan sama ada untuk pergi ke hospital kerajaan atau swasta.
Seperti yang kita semua tahu, hospital swasta menawarkan rawatan yang lebih pantas, keadaannya selesa dan tidak sesak.
Medical card boleh dijadikan sebagai kad untuk membayar bil rawatan di hospital swasta.
Anda tidak perlu menggunakan wang simpanan, KWSP atau meminjam dengan orang lain untuk menjelaskan bil rawatan.